Monday, October 18, 2010

KURSUS PENGISIAN DIRI JURULATIH

TARIKH :rujk FB Aura Asshifa
TEMPAT :KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN TELUK INTAN

OBJEKTIF :

1. Mendedahkan RAHSIA SENI GAYONG kepada yang berhak
2. Memastikan setiap Jurulatih faham mengenai konsep Gayong
3. Menanam keperihatinan terhadap adab dan adat di dalam GAYONG
4. Mengaplikasikan latihan GAYONG tradisional
5. Memastikan setiap jurulatih dilengkapi dengan pelbagai ilmu , rahsia dan petua untuk memimpin gelanggang

KANDUNGAN KURSUS

1. Latihan mengemaskan SENI GAYONG (Pecahan Buah Tapak Silibus PASAK)
2. Latihan Pembinaan Tenaga Dalam
3. Latihan SENAMAN TUA /NAFAS untuk peningkatan stamina
4. ADAP dan ADAT berguru
5. Pengisian dan amalan sebagai GURU
6. Titik Kelemahan Manusia
7. Konsep dalam Pelajaran GAYONG
8. Huraian maksud tersirat Logo Gayong Perang yang dipakai oleh ADMAR, sekaligus akan mendedahkan rahsia, amalan dan petua yang terkandung di dalamnya.
9. Petua mandi, tidur, berjalan, memakai baju, Pasung lawan, buang bisa, naiki kenderaan, memudahkan urusan, rahsia piramid ethereal (yg digunakan oleh pendekar dulukala) dan petua petua lain yang dirasakan perlu untuk diperturunkan
10. Rahsia Perlimau Tapak (hanya untuk pengetahuan dan bukannya nak jadi wakil Perlimau.Boleh digunakan untuk perubatan Tradisional)
11 Rahsia Kalimah Syahadah (tahu rahsianya barulah boleh digunakan sebagai Hikmah Kalimah, Lam Jalallah dan juga Pukulan Kipas Nandung , termasuk ijab Syahadah )



SASARAN PESERTA:
1. Bakal bakal Jurulatih Muda
2. Jurulatih Sedia ada yang ingin menambahkan ilmu dan kemahiran
3. Sekurang kurangnya telah memperlajari 21 BUAH TAPAK GAYONG

Sila Jawab Soalan berikut :

1. Ada berapa seni dalam KILAS SAWA BERENDAM
2. Kenapa Buah di atas di jadikan Buah pertama di dalam pelajaran GAYONG
3. Apakah Konsep Buah Tapak Gayong dan Konsep Pukulan Maut Gayong
4. Apakah maksud "Di Batu Jembala" , " DI Atas Kata-Kata" , " DI Bawah Kata Kata", : Di Sanubari" , " Di Pandangan "
5. Bagaimana Salam Gayong yang sebenarnya - (untuk memastikan ketulenan anak Gayong agar rahsia GAYONG tidak tersalah ajar kepada yang bukan haknya )
6. Tahukah tentang petua "Gersek Di Pantai',"Telur Di Hujung Tanduk"," Tunggul Rasullullah","Pagar Rakit","Sauh Tunggal"
7. Tahukah bagaimana Latihan Kekuatan Genggaman Jari dilatih

Dan pelbagai lagi persoalan , petua dan rahsia akan didedahkan dalam kursus ini.

HUBUNGI 0124142401 untuk keterangan lanjut.






Search Engine Submission - AddMe