Labels

Monday, December 30, 2013

KELAS INTENSIF BELADIRI WANITA



Friday, October 18, 2013

MEDITASI

MEDITASI

Salah satu kaedah untuk memasuki dan menerokai minda bawah sedar (Gelombang Alpha atau Theta) yang mempunyai 90% keupayaan berbanding minda sedar @ Gelombang Beta yang hanya mempunyai 10% daripada kemampuan otak @ Minda

Satu latihan yang dapat merehatkan minda , jasad dan emosi dalam usaha untuk memasukkan saranan2 ke dalamnya untuk dijadikan tingkahlaku kebiasaan di dalam kehidupan seharian

Dengan menguasai kemampuan minda bawah sedar, kita mampu untuk melakukan lebih banyak lagi perkara yang tidak dapat dilakukan ketika kita berada di dalam keadaan sedar @ gelombang Beta

Sebelum menawan dan menguasai dunia, kuasailah MINDAmu terlebih dahulu.

Ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan MEDITASI ???

Kami ada menyediakan video interaktif berkaitan MEDITASI. Bermula dari pegenalan dan segala yang berkaitan dengannya sehinggalah pelbagai kaedah mudah serta berkesan untuk anda menguasai latihan MEDITASI ini

Berminat ???
SMS 012 -4142401 untuk pembelian

Harga RM 50 termasuk pos

Anda tidak perlu menghadiri kursus yang berkaitan untuk menguasainya (kebiasaan kursus bernilai RM250++)
Sebarang kemusyiklan berkaitan Meditasi boleh dirujuk kepada saya selepas pembelian.

Wednesday, October 9, 2013

ILMU NAFAS



ILMU NAFAS MELAYU

Hebatnya Silat Melayu itu dengan adanya Pengisian Ilmu Nafas.

Kenapa ianya dikatakan ILMU YANG HEBAT? 
Jawapannya, kerana Ilmu Nafas ini membicarakan soal HIDUPNYA INSAN ITU KERANA ADANYA NAFAS.  Begitulah peri pentingnya Nafas buat manusia. Mati itu apabila NAFAS itu dicabut dari DIRI INSAN. Walaubagaimanapun, ROH sentiasa HIDUP kerana ianya RAHSIA ALLAH SWT dan NAFAS itu pula adalah RAHSIA INSAN.

KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU NAFAS.
Selain diajar dan difahamkan akan rahsia nafas ini secara hakikatnya, seorang Pendekar juga didedahkan dengan pelbagai ILMU HIKMAH yang berkaitan dengan ILMU NAFAS MELAYU ini. Dengan KETINGGIAN ILMU para PENDETA GURU, maka pelbagai manfaat dan kelebihan mampu diraih melalui AMALAN-AMALAN yang berkait dengan Nafas ini. Antara kelebihannya seperti;

1. Kunci kepada ILMU GERAK SIRR
2. Mampu mengaktifkan TENAGA DALAM dalam DIRI.
3. Berkemampuan untuk melaksanakan JURUS JARAK JAUH.
4. Kebal dari sebarang serangan senjata tajam sama ada Tetak, Hiris atau Tikam.
5. Membuka Pandangan dan Pendengaran Ghaib.
6. Melancarkan peredaran darah dan aliran saraf.
7. Tindakan refleks yang tinggi.
8. Wujud pelindung diri seperti lapisan aura sekeliling tubuh.
9. Mampu melemahkan musuh hanya dengan pandangan atau niat di hati.

PELANGKAH HULUBALANG.

Pelangkah Hulubalang merupakan antara "PAKAIAN DIRI"  buat Pendekar-Pendekar silam. Terdapat 7 Amalan yang tersohor dalam MEMBERIKAN ISYARAT sebelum melangkah keluar rumah atau ke medan peperangan. Firasat yang terbit dari amalan ini ada berkait dengan ALIRAN NAFAS dan PANCAINDERA. Amalannya seperti;
1.              
                      PANDANGAN BATIN
 Pejam mata dan bayangkan WAJAH IBU KITA. Jika jelas dan tersenyum maka teruskanlah. Jika  kabur atau tiada terbayang, maka hentikan sementara niat kita.

2.                  PANDANGAN ZAHIR

3.                  PENDENGARAN BATIN

4.                  PENDENGARAN ZAHIR

5.                  RASA BATIN

6.                  RASA ZAHIR

7.                  NAFAS


PELBAGAI BENTUK NAFAS

Dalam pengajian tentang Nafas Melayu, terdapat pelbagai jenis dan ragam Nafas yang perlu dikuasai.  Antaranya;

1. Nafas Kanan
2. Nafas Kiri
3. Nafas kembar
4. Nafas Panjang
5. Nafas Pendek.
6. Nafas Hidung - Hidung
7. Nafas Hidung - Mulut
8. Nafas Dada
9. Nafas Perut.
10. Kunci Nafas

Secara kesimpulannya, pengetahuan akan ILMU NAFAS ini amat panjang dan mendalam untuk dibicarakan di ruangan ini. Hal yang terpenting yang perlu kita ambil pedoman adalah ROH MENGANDUNGI RAHSIA ALLAH SWT dan NAFAS ADALAH RAHSIA INSAN.

Latihan NAFAS AURA ASSHIFA sebenarnya untuk menyusun kembali arah aliran dan pergerakan ASAL NAFAS dalam DIRI INSAN. Amat banyak manfaatnya jika mengetahuinya.  Wallahua'lam.

Search Engine Submission - AddMe