Labels

Thursday, May 29, 2008

LAW OF ATTRACTION

KONSEP ’LAW OF ATTRACTION ’

’ TERLAKSANA DI DALAM KEHIDUPAN APABILA KITA MEMBERI PERHATIAN, TENAGA DAN TUMPUAN KEPADA SESUATU PERKARA SAMADA YANG BERSIFAT POSITIF ATAU PUN NEGATIF’

‘BERTINDAKBALAS KEPADA APA SAHAJA GETARAN / GELOMBANG YANG DIHANTAR ATAU DITERIMA SEPADAN DENGANNYA SAMA ADA POSITIF MAHU PUN NEGATIF’

1.0 PENDAHULUAN

Pernahkah anda mengalami situasi yang dikatakan berlaku secara kebetulan, takdir Allah, pertemuan yang tidak disangka sangka, keadaan yang berulang kali berlaku, bernasib baik ataupun peluang yang mendatang secara tiba tiba ?

Tahukah anda bagaimana perkara ini boleh berlaku ? Tidakkah terfikir oleh anda bahawa setiap yang berlaku adalah kehendak Allah yang dijadikan tanpa sia sia. Ini bermakna apa yang berlaku adalah dirancang oleh Allah dan bukannya secara kebetulan. Ketahuilah bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia sia dan dengan tidak dirancang.

Pernahkan anda mendengar berkaitan sebuah hadith Qudsi yang bermaksud ; “ AKU MENGIKUT SANGKAAN HAMBAKU”. Ini bermakna apa yang kita sangkakan akan kita dapat sama ada sangkaan baik mahupun sangkaan buruk.

Firman Allah yang bermaksud , “BERDOALAH KEPADAKU, PASTI AKAN KU MAKBULKAN”

Berdoa bermakna permohonan yang dibuat diikuti dengan penumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didoakan. Penumpuan akan melibatkan kerja hati, pemikiran serta sangkaan baik terhadap apa yang dipohonkan itu akan mendatangkan kejayaan dari Allah.

Doa dilafazkan menerusi mulut hasil daripada penzahiran apa yang tersemat dihati dan digambarkan oleh minda lalu diyakini bahawa permohonan itu pasti akan dimakbulkan oleh Allah.

Di sini akan melibatkan konsep ‘Power Of Words’ , ‘Power Of Thought’ dan ‘Power Of Visualization’

2.0 ‘POWER OF WORDS’

Perkataan yang dikeluarkan adalah merupakan suatu getaran tenaga yang dihantar. Getaran ini boleh menjadi positif ataupun negatif, bergantung kepada apa yang diucapkan. Perkataan yang diucapkan dengan penuh emosi akan mempunyai lebih getaran. Getaran juga merupakan gelombang yang berkaitan dengan minda manusia yang dapat dihantar dan dimasukkan ke dalam minda untuk diproses.

3.0 ‘POWER OF THOUGHT’
Minda manusia sentiasa mempunyai gelombangnya yang tersendiri samada di peringkat Beta, Alpha, Theta ataupun Delta. Setiap peringkat mempunyai frekuensinya yang tersendiri. Semasa tenang, manusia akan berada di peringat Alpha iaitu gelombang otaknya pada lingkungan 7 hingga 14 Hz sesaat. Apabila manusia berfikir, getaran tenaga akan dihantar ke alam semesta ini untuk diproses (hukum kejadian alam).

4.0 ‘POWER OF VISUALIZATION’

Daya pemikiran manusia kan menjadi lebih hebat bila melibatkan penggambaran minda iairu membayangkan sesuatu yang difikirkan. Getaran tenaga yang dihantar akan menjadi lebih kuat. Sekiranya emosi turut dilibatkan maka getaran tenaga akan menjadi lebih kuat.

Pernahkan anda terfikir mengapa doa ibu ke atas anaknya dan doa orang yang dikhianati akan dimakbulkan oleh Allah ? Ini adalah kerana doa mereka ini bukan sahaja dilafazkan oleh mulut tetapi dilakukan dengan penuh emosi, kesungguhan serta penggambaran minda ke atas apa yang diingini. Getaran tenaga ini dihantar dan dimakbulkan oleh Allah, maka diarahkan ala mini untuk melaksanakan permintaan tersebut. Ketahuilah bahawa Allah tidak membuat kerja tetapi mengarahkan kerja dilakukan oleh alam semesta ini termasuklah malaikat.

5.0 KONSEP ‘LAW OF ATTRACTION’
Bertindak ke atas getaran yang dihantar oleh manusia dan bukannya ke atas tindakan yang diambil sehingga menimbulkan getaran tersebut dihantar.

’ TERLAKSANA DI DALAM KEHIDUPAN APABILA KITA MEMBERI PERHATIAN, TENAGA DAN TUMPUAN KEPADA SESUATU PERKARA SAMADA YANG BERSIFAT POSITIF ATAUPUN NEGATIF’

‘BERTINDAKBALAS KEPADA APA SAHAJA GETARAN / GELOMBANG YANG DIHANTAR ATAU DITERIMA SEPADAN DENGANNYA SAMA ADA POSITIF MAHUPUN NEGATIF’

Berhati hatilah dengan getaran negatif yang dihantar secara tidak sengaja tanpa pengetahuan walaupun menerusi pemerhatian kepada apa yang sedang dihadapi.

Sebagai contoh, apabila anda melihat dompet anda kosong tanpa duit, perasaan anda akan terus merasakan kekurangan wang. Apabila anda memberikan perhatian kepada masalah itu, sebenarnya ada telah menghantar getaran tenaga kepada alam ini maka getaran yang sama akan anda terima menyebabkan keadaan ini akan berterusan dan menyebabkan pintu rezeki anda tertahan. Ini yang menyebabkan mengapa ramai manusia terus menerus berada di dalam keadaan ini secara berterusan

Untuk mengatasi masalah ini, anda harus menukar pemerhatian itu dengan bersyukur ataupun redha kepada ketentuan Allah. Ini menyebabkan getaran bertukar menjadi positif kerana wujudnya pengharapan ke atas kekuasaan Allah. Maka getaran positif akan dihantar kepada anda dan akan mengubah keadaan yang sedang dialami itu.

Firman Allah yang bermaksud , “BARANGSIAPA YANG BERTAWAKAL KEPADAKU, AKAN KU BUKAKAN PINTU REZEKI KEPADANYA DARIPADA SUMBER YANG TIDAK DIKETAHUI OLEHNYA” – ayat seribu dinar

Terdapat beberapa perkataan yang boleh menyebabkan kita menghantar getaran negatif dan mengakibatkan kita menerima situasi yang sama ke dalam kehidupan kita. Perkataan terbut adalah JANGAN, BUKAN dan TIDAK.

Minda akan sentiasa menapis perkatan tersebut dan hanya menerima perkataan selepasnya. Sebagai contoh, apabila diarahkan agar JANGAN memikirkan tentang wang, secara spontan kita akan memikirkan tentang wang. Begitu juga bila diarahkan agar JANGAN memikirkan tentang makanan, minda kita akan terus menggambarkan tentang makanan.

Sebenarnya minda kita akan memberikan tumpuan kepada apa yang kita TIDAK MAHU.

Bagaimana untuk mengubahnya ???

Akhiri ayat negatif tersebut dengan APA YANG AKU PERLUKAN / MAHUKAN ???

Ini akan mengubah ayat negatif tadi.

Sebagai contoh, apabila kita membicarakan tentang JANGAN FIKIRKAN TENTANG MAKANAN, akhiri ayat dengan JADI AKU PERLU FIKIRKAN TENTANG APA ? Secara tidak langsung minda akan terus memikirkan tentang persoalan kedua itu tadi. Kalau jawapan itu tadi mengarahkan untuk memikirkan tentang belajar, maka minda akan bersedia untuk memikirkan tentang belajar samada mengenai waktu, kaedah atau apa sahaja tentang belajar.

INGIN BELAJAR RAHSIA INI????
SERTAILAH KURSUS RAHSIA MINDA SUPER SEDAR YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA MENGANGGAP SEMUA KERJA ADALAH MUDAH.

Kelebihan :

1. Meningkatkan keyakinan diri
2. Menjadi lebih berjaya dari sebelum ini
3. Hajat lebih mudah diperolehi
4. Tenang menghadapi kehidupan yang mencabar
5. Membuat Program Minda dengan lebih mudah lagi
dan berbagai lagi kelebihan yang akan anda perolehi...

Kalau dulu orang sibuk dengan POSITIVE THINKING tapi hari ini orang memperkatakan pula tentang hebatnya POSITIVE FEELING

Jika tidak diperlajari, sampai ke mati pun tidak akan diketahui.

APA SAHAJA TINDAKAN YANG ANDA LAKUKAN PADA HARI INI, AKAN MENENTUKAN CORAK HIDUP ANDA DI MASA HADAPAN.

FIKIR FIKIRKAN LAH......





Wednesday, May 28, 2008

KURSUS TENAGA DALAM ASSHIFA
Kursus yang akan mendedahkan kaedah pembinaan Tenaga Dalam dengan cara yang mudah serta praktikal. Menggabungkan beberapa teknik pembangkitan tenaga dalam yang diolah daripada beberapa perguruan Tenagan dalam yang telah diperlajari.

Pelatih akan didedahkan kepada teori Tenaga Dalam serta asas pembangkitan tenaga dalaman dengan kaedah jurus pernafasan dan disertai dengan pembangkitan tenaga kerohanian. Beberapa jurus seperti Jurus Aura Asshifa Jurus Pencetus Tenaga, Jurus Penyaluran Tenaga, Jurus Sangkal Putong, Jurus Tenaga Alam, Jurus Parapsaikologi, Jurus Pemusnahan, Jurus Telapak Besi serta kaedah meditasi untuk menstabilkan emosi akan diajarkan.

Akan diajar teknik untuk menjadikan pukulan berbisa, pagar diri mengunakan tenaga dalam serta mengesan kehadiran tenaga negatif menggunakan aura.

Teori kekuatan minda turut akan diajarkan kepada pelatih. Ini merangkumi kaedah menggunakan otak kanan dan kiri, pengetahuan tentang minda sedar dan bawah sedar, Minda Super Sedar serta konsep 'LAW OF ATTRACTION' yang akan menjadi asas untuk mengubah corak kehidupan manusia. Teknik teknik penggunaan / aplikasi penggunaan minda akan diajarkan agar pelatih dapat menggunakannya dalam kehidupan sehariannya.

Di antara faedah yang akan di dapati setelah memperlajari teknik teknik Jurus Pernafasan Tenaga Dalam Asshifa adalah :

1. Kecergasan fizikal akan bertambah
2. Pukulan di dalam seni beladiri akan menjadi lebih mantap
3. Keyakinan diri akan lebih terserlah
4. Emosi lebih terkawal. penting dalam menentukan corak pemikiran yang digunakan dalam mengharungi kehidupan sekarang ini.
5. Dapat membuat penyembuhan diri serta ke atas diri orang lain
6. Membangkitkan pancaindera ke enam
7. Menukarkan impian kepada kenyataan
8. Meningkatkan kualiti kehidupan
9. Lebih tenang menghadapi cabaran kehidupan
10.Mengetahui keupayaan diri
11. Dapat mempengaruhi pemikiran orang lain
12. Menjadikan arahan dipatuhi oleh orang lain




Search Engine Submission - AddMe