Labels

Wednesday, May 28, 2008

KURSUS TENAGA DALAM ASSHIFA
Kursus yang akan mendedahkan kaedah pembinaan Tenaga Dalam dengan cara yang mudah serta praktikal. Menggabungkan beberapa teknik pembangkitan tenaga dalam yang diolah daripada beberapa perguruan Tenagan dalam yang telah diperlajari.

Pelatih akan didedahkan kepada teori Tenaga Dalam serta asas pembangkitan tenaga dalaman dengan kaedah jurus pernafasan dan disertai dengan pembangkitan tenaga kerohanian. Beberapa jurus seperti Jurus Aura Asshifa Jurus Pencetus Tenaga, Jurus Penyaluran Tenaga, Jurus Sangkal Putong, Jurus Tenaga Alam, Jurus Parapsaikologi, Jurus Pemusnahan, Jurus Telapak Besi serta kaedah meditasi untuk menstabilkan emosi akan diajarkan.

Akan diajar teknik untuk menjadikan pukulan berbisa, pagar diri mengunakan tenaga dalam serta mengesan kehadiran tenaga negatif menggunakan aura.

Teori kekuatan minda turut akan diajarkan kepada pelatih. Ini merangkumi kaedah menggunakan otak kanan dan kiri, pengetahuan tentang minda sedar dan bawah sedar, Minda Super Sedar serta konsep 'LAW OF ATTRACTION' yang akan menjadi asas untuk mengubah corak kehidupan manusia. Teknik teknik penggunaan / aplikasi penggunaan minda akan diajarkan agar pelatih dapat menggunakannya dalam kehidupan sehariannya.

Di antara faedah yang akan di dapati setelah memperlajari teknik teknik Jurus Pernafasan Tenaga Dalam Asshifa adalah :

1. Kecergasan fizikal akan bertambah
2. Pukulan di dalam seni beladiri akan menjadi lebih mantap
3. Keyakinan diri akan lebih terserlah
4. Emosi lebih terkawal. penting dalam menentukan corak pemikiran yang digunakan dalam mengharungi kehidupan sekarang ini.
5. Dapat membuat penyembuhan diri serta ke atas diri orang lain
6. Membangkitkan pancaindera ke enam
7. Menukarkan impian kepada kenyataan
8. Meningkatkan kualiti kehidupan
9. Lebih tenang menghadapi cabaran kehidupan
10.Mengetahui keupayaan diri
11. Dapat mempengaruhi pemikiran orang lain
12. Menjadikan arahan dipatuhi oleh orang lain




No comments:

Search Engine Submission - AddMe