Labels

Wednesday, September 23, 2015

APA YANG ADA PADA SENI BELADIRI ???

SILAT atau Seni Mempertahankan Diri bukan sekadar untuk belajar mempertahankan diri semata mata tetapi lebih kepada pembinaan SAHSIAH, DISIPLIN , TANGGUNGJAWAB dan mengamalkan tradisi BUDAYA HIDUP yang lebih berSOPAN serta berWAWASAN .

(abaikan alasan zaman ini zaman guna senjata api, sedangkan Tentera dan Polis dalam dunia ini pun sibuk belajar Seni Mempertahankan Diri. Hanya orang yang tidak memahami falsafah Seni Beladiri sahaja yang akan memnegluarkan pendapat sebodoh ini )

Bengkung , tali pinggang atau apa apa yang dipakai bukan semata mata menunjukkan tahap pencapaian sesaorang pengamal beladiri tetapi lebih menunjukkan tahap semangat, komitmen dan kesungguhan pelatih di dalam latihan.

Mengapa semua ini tidak tercapai (pendidikan silat @ bela diri) ?

Kerana juruatih yang mengajar tidak menerapkan segalanya dan hanya tertumpu kepada kemenangan dalam pertandingan. Berbeza dengan GURU. Guru akan mengajar segala Falsafah, adab, budaya dan tradisi di samping mengajar pelajaran beladiri itu sendiri (lebih kepada konsep beladiri @ ilmu). Sebab itu pengamal yang berguru lebih baik daripada pengamal yang dilatih oleh Jurulatih

Bezakan Jurulatih dan Guru dan anda akan tahu hasil didikan mereka amat berbeza

No comments:

Search Engine Submission - AddMe