Labels

Thursday, September 24, 2015

KURSUS PENINGKATAN PELAJARAN SILAT SENI GAYONG
(PERINGKAT RENDAH - Bengkung Merah ke bawah )

TARIKH : rujuk FB Aura Asshifa
TEMPAT : GELANGGANG PELANGI HITAM
 (KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN TELUK INTAN, PERAK)

KANDUNGAN KURSUS:

1. SENI BUAH TAPAK KUNCI MATI (diajar seni Kuncian)
2. ELAK PUKUL -BAHAGIAN 1 DAN 2 (14 Elak Pukul )
3. PENTAS TANGAN KOSONG -Bahagian Pertama
4. GERAKAN DAN ASAS ELAKAN
5 .LOMPATAN
6. COMBAT / PUKULAN MAUT
7. SENAMAN PERNAFASAN DAN TENAGA DALAM
8. PETUA DAN AMALAN HARIAN
9. TEKNIK PEMECAHAN  (BUAH KERAS / BOTOL)
10. ADAB DAN ADAT BERGELANGGANG
11. SENI SIMBAT - bagi pelatih Lanjutan / Bengkung Merah ke atas

BONUS (INSYAALLAH)
1. ASAS MEMANAH SUNNAH
2. PENYELARASAN TENAGA UNTUK PERUBATAN TENAGA ALAM
3. ASAS URUTAN
4. ASAS BALINGAN PISAU

TENTATIF LATIHAN :

6.45 - 7.30 am : Senaman Pernafasan dan Tenaga Dalam
8.30 - 12.30 pm : Sesi pagi
2.30 - 5.30 pm  : Sesi Petang
9.00 - 11.30 pm : Sesi Malam

Petua dan Amalan Harian akan diberikan selepas solat Maghrib
Perbincangan akan diadakan selepas Sesi Malam

Jangka masa latihan : 45 Jam

Bayaran Kursus : RM250.00

BERMINAT ???
Hubungi 0124142401   Master Anuar Ahmad

Tempat terhad kepada 30 peserta sahaja

Pendaftaran / tempahan : rujuk FB
Deposit RM 30 diperlukan untuk tempahan awal:


SASARAN PESERTA

1. Murid Silat Seni Gayong (bengkung Pelangi Merah ke bawah)
2. Yang berminat untuk memperlajari Seni Gayong
3. Murid Gayong yang ingin pelihara serta kekalkan tradisi Gayong

Berminat ???

Hubungi 012-4142401 Master Anuar Ahmad
Untuk tempahan penyertaan sila bank in RM30 sebagai deposit
(tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri Kursus pada masa yang ditetapkan)

Makan.penginapan dan sijil penyertaan akan diberikan

Wednesday, September 23, 2015

APA YANG ADA PADA SENI BELADIRI ???

SILAT atau Seni Mempertahankan Diri bukan sekadar untuk belajar mempertahankan diri semata mata tetapi lebih kepada pembinaan SAHSIAH, DISIPLIN , TANGGUNGJAWAB dan mengamalkan tradisi BUDAYA HIDUP yang lebih berSOPAN serta berWAWASAN .

(abaikan alasan zaman ini zaman guna senjata api, sedangkan Tentera dan Polis dalam dunia ini pun sibuk belajar Seni Mempertahankan Diri. Hanya orang yang tidak memahami falsafah Seni Beladiri sahaja yang akan memnegluarkan pendapat sebodoh ini )

Bengkung , tali pinggang atau apa apa yang dipakai bukan semata mata menunjukkan tahap pencapaian sesaorang pengamal beladiri tetapi lebih menunjukkan tahap semangat, komitmen dan kesungguhan pelatih di dalam latihan.

Mengapa semua ini tidak tercapai (pendidikan silat @ bela diri) ?

Kerana juruatih yang mengajar tidak menerapkan segalanya dan hanya tertumpu kepada kemenangan dalam pertandingan. Berbeza dengan GURU. Guru akan mengajar segala Falsafah, adab, budaya dan tradisi di samping mengajar pelajaran beladiri itu sendiri (lebih kepada konsep beladiri @ ilmu). Sebab itu pengamal yang berguru lebih baik daripada pengamal yang dilatih oleh Jurulatih

Bezakan Jurulatih dan Guru dan anda akan tahu hasil didikan mereka amat berbeza

Monday, December 30, 2013

KELAS INTENSIF BELADIRI WANITA



Friday, October 18, 2013

MEDITASI

MEDITASI

Salah satu kaedah untuk memasuki dan menerokai minda bawah sedar (Gelombang Alpha atau Theta) yang mempunyai 90% keupayaan berbanding minda sedar @ Gelombang Beta yang hanya mempunyai 10% daripada kemampuan otak @ Minda

Satu latihan yang dapat merehatkan minda , jasad dan emosi dalam usaha untuk memasukkan saranan2 ke dalamnya untuk dijadikan tingkahlaku kebiasaan di dalam kehidupan seharian

Dengan menguasai kemampuan minda bawah sedar, kita mampu untuk melakukan lebih banyak lagi perkara yang tidak dapat dilakukan ketika kita berada di dalam keadaan sedar @ gelombang Beta

Sebelum menawan dan menguasai dunia, kuasailah MINDAmu terlebih dahulu.

Ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan MEDITASI ???

Kami ada menyediakan video interaktif berkaitan MEDITASI. Bermula dari pegenalan dan segala yang berkaitan dengannya sehinggalah pelbagai kaedah mudah serta berkesan untuk anda menguasai latihan MEDITASI ini

Berminat ???
SMS 012 -4142401 untuk pembelian

Harga RM 50 termasuk pos

Anda tidak perlu menghadiri kursus yang berkaitan untuk menguasainya (kebiasaan kursus bernilai RM250++)
Sebarang kemusyiklan berkaitan Meditasi boleh dirujuk kepada saya selepas pembelian.

Wednesday, October 9, 2013

ILMU NAFAS



ILMU NAFAS MELAYU

Hebatnya Silat Melayu itu dengan adanya Pengisian Ilmu Nafas.

Kenapa ianya dikatakan ILMU YANG HEBAT? 
Jawapannya, kerana Ilmu Nafas ini membicarakan soal HIDUPNYA INSAN ITU KERANA ADANYA NAFAS.  Begitulah peri pentingnya Nafas buat manusia. Mati itu apabila NAFAS itu dicabut dari DIRI INSAN. Walaubagaimanapun, ROH sentiasa HIDUP kerana ianya RAHSIA ALLAH SWT dan NAFAS itu pula adalah RAHSIA INSAN.

KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU NAFAS.
Selain diajar dan difahamkan akan rahsia nafas ini secara hakikatnya, seorang Pendekar juga didedahkan dengan pelbagai ILMU HIKMAH yang berkaitan dengan ILMU NAFAS MELAYU ini. Dengan KETINGGIAN ILMU para PENDETA GURU, maka pelbagai manfaat dan kelebihan mampu diraih melalui AMALAN-AMALAN yang berkait dengan Nafas ini. Antara kelebihannya seperti;

1. Kunci kepada ILMU GERAK SIRR
2. Mampu mengaktifkan TENAGA DALAM dalam DIRI.
3. Berkemampuan untuk melaksanakan JURUS JARAK JAUH.
4. Kebal dari sebarang serangan senjata tajam sama ada Tetak, Hiris atau Tikam.
5. Membuka Pandangan dan Pendengaran Ghaib.
6. Melancarkan peredaran darah dan aliran saraf.
7. Tindakan refleks yang tinggi.
8. Wujud pelindung diri seperti lapisan aura sekeliling tubuh.
9. Mampu melemahkan musuh hanya dengan pandangan atau niat di hati.

PELANGKAH HULUBALANG.

Pelangkah Hulubalang merupakan antara "PAKAIAN DIRI"  buat Pendekar-Pendekar silam. Terdapat 7 Amalan yang tersohor dalam MEMBERIKAN ISYARAT sebelum melangkah keluar rumah atau ke medan peperangan. Firasat yang terbit dari amalan ini ada berkait dengan ALIRAN NAFAS dan PANCAINDERA. Amalannya seperti;
1.              
                      PANDANGAN BATIN
 Pejam mata dan bayangkan WAJAH IBU KITA. Jika jelas dan tersenyum maka teruskanlah. Jika  kabur atau tiada terbayang, maka hentikan sementara niat kita.

2.                  PANDANGAN ZAHIR

3.                  PENDENGARAN BATIN

4.                  PENDENGARAN ZAHIR

5.                  RASA BATIN

6.                  RASA ZAHIR

7.                  NAFAS


PELBAGAI BENTUK NAFAS

Dalam pengajian tentang Nafas Melayu, terdapat pelbagai jenis dan ragam Nafas yang perlu dikuasai.  Antaranya;

1. Nafas Kanan
2. Nafas Kiri
3. Nafas kembar
4. Nafas Panjang
5. Nafas Pendek.
6. Nafas Hidung - Hidung
7. Nafas Hidung - Mulut
8. Nafas Dada
9. Nafas Perut.
10. Kunci Nafas

Secara kesimpulannya, pengetahuan akan ILMU NAFAS ini amat panjang dan mendalam untuk dibicarakan di ruangan ini. Hal yang terpenting yang perlu kita ambil pedoman adalah ROH MENGANDUNGI RAHSIA ALLAH SWT dan NAFAS ADALAH RAHSIA INSAN.

Latihan NAFAS AURA ASSHIFA sebenarnya untuk menyusun kembali arah aliran dan pergerakan ASAL NAFAS dalam DIRI INSAN. Amat banyak manfaatnya jika mengetahuinya.  Wallahua'lam.

Friday, November 9, 2012

KURSUS PERUBATAN KEROHANIAN AURA ASSHIFA TAHAP 1

Kandungan Kursus :

1. Meditasi Kerohanian
2. Amalan Kerohanian
3. Konsep perubatan alternatif
4. Keperluan perawat
5. Lazer batin
6. Punca kejadian penyakit
7. Rahsia mandi limau
8. Kaedah menarik tenaga negatif
9. Kaedah membuang tenaga negatif
10. Penyediaan air hikmah, bunga dan garam bertenaga.
11. Pengisian keris
12. Konsep mandi bunga, mandi limau, mandi air garam
13. Asas mengesan kehadiran tenaga negatif
14. Senjata / amalan melawan tenaga negatif
15. Pagar Diri Lam jalallah dan petua melangkah Lam Jalallah
16. Jurus Aura Asshifa

Tempat : Rumah Rehat Teluk Intan
Bayaran : RM 350 ( penginapan , makan, bahan pembelajaran, sijil penyertaan dan CD)
Jangkamasa : 2 hari 1 malam
Minimum : 1 orang
Diskaun dakan diberikan sekiranya pendaftaran secara berkumpulan
Juga akan dibuat di tempat lain sekiranya diperlukan (syarat dikenakan)

Berminat ???

Hubungi 012-4142401

Deposit RM50 diperlukan sebagai bukti berminat menyertai kursus ini
Bank in ke akaun MAYBANK 105019307109 ANUAR B AHMAD

Mengapa perlu belajar ????
1. Membantu diri sendiri serta ahli keluarga daripada gangguan tenaga negatif
2. Memahami kaedah perubatan alternatif
3. Meningkatkan pengharapan kepada Yang Maha Berkuasa
4. Memahami ilmu hakikat dan makrifat secara ilmu
5. Meningkatkan tahap diri sendiri
6. Menjadikan diri lebih berkeyakinan
7. Membantu orang lain yang memerlukan pertolongan
8. Menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai pesilat

Saturday, May 1, 2010

BENGKEL SENAMAN TUA

Senaman Tua (ST) diasaskan oleh Azlan Ghanie, inspirasi dari didikan ayahandanya Abdul Ghanie yang berketurunan Raja Melayu Sarawak berdarah Merpati Jepang dan digandingkan dengan silat istana dari Pahlawan Pahang keturunan bondanya, Rugaya Jaafar yang berdarah Bugis.

Senaman Tua berunsur atau bersendi kepada asas orang Melayu berdiri, duduk, baring dan bergerak. Semua pergerakan itu bercerita seperti seorang Pahlawan Melayu berpakaian lengkap. Pakaian yang dipakai dan senjata yang digenggam, semuanya menceritakan niat dan matlamat.

Sehubungan itu, identiti orang Melayu atau orang istana jika berdiri sewajarnya tegap menampakkan segak dan sajak. Dalam senaman duduk, ia bermula dengan bersila dan kemudiannya boleh dipelbagai dengan posisi bersimpuh, bertenteng, bercangkung, berlunjur dan sebagainya.

Dalam konsep beladiri, duduk bersila boleh juga mengawal serangan 4 penjuru dengan pergerakan yang minima. Bila bangun dari tidur, sebaik baiknyambillah nafas panjang. Bagi orang Melayu, mereka bersyukur dan selepas mengambil nafas panjang, digerak gerak seperti gelek bahagian pinggang. Di angkat dua tangan ke atas dan digerak gerakkan kaki iaitu bahagian tapak. Kemudian tengkuk di angkat ke atas.

ST menjurus kepada kekuatan dan kecepatan. Jesteru itu senaman ini menumpu kepada kekuatan sendi dengan pergerakan yang diolah dan dinamakan secara am dengan 'tari tangan'

Senaman ini juga berfungsi bagi alternatif merawat pelbagai jenis penyakit seperti kecederaan bahu, tulang belikat, sakit sendi, ' slip disc' , kebas kebas, migrain, resdung, asma dan pelbagai lagi penyakit yang telah dapat disembuhkan hanya dengan mengamalkan senaman ini.

Hanya Jauhari yang mengenal maknikam. Hanya yang pelajari akan tahu rahsia dan 'rasa'nya.

Kandungan Bengkel

1. Nafas Melayu
2. Tapak 9
3. Jengket
4. Labuh Luar
5. Labuh Dalam
6. Temu Tempurung
7. Tari Inang
8. Gelek Pinggang
9. Naga Berlabuh
10. Sila Pendekar
11. Junjung Langit
12. Siku Temu Lutut
13. Renang
14. Tenguk Ibu Jari
15. Bangkit Tidur
16. Tegang Pusat / Buai Anak
17. Geliat Rimau
18. Gulung Ekor Naga
19. Hangat Tapak Tangan
20. Bunga Teratai
21. SampaiTangan
22. Tampar Beruang
23. Bilas Tangan
24. Selangkah Guru
25. Bunga Cina
26. Anak Raja Turun ke Kolam
27. Petik Bunga
28. Dongak ke langit
29. Dayung Sampan
30. Tegang Pinggang Kendur Pusat
31. Gelek Ponggong
32. Pacak Nafas
33. Tudung Nafas

Berminat ???

Kami sedia memberi latihan sama ada secara berkumpulan ataupun individu.

Hubungi 012-4142401 untuk keterangan lanjut.
Search Engine Submission - AddMe