Saturday, December 20, 2008

TENSION, MURUNG, TAK TENANG, BENGANG DAN .....

Rileks...

Belajar lah redha terhadap apa yang berlaku. Segalanya adalah dengan kudrat dan iradat Allah jugak. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Barang siapa yang berjaya mengatasinya, dapatlah merasai nikmat yang tersembunyi itu.

Apa kata ANDA cuba petua di bawah.

1. Kenangkan perkara yang membengangkan itu.
2. Katakan kepada diri bahawa itu semua adalah kehendak Allah. Kalau tidak percaya, gugurlah rukun iman ke 6 iaitu percaya kepada Qada dan Qadar Allah. Kalau rukun iman tak sempurna, maka iman pun tak sempurna. kata Guru2 mursyid, iman tak lengkap, azab ALLAH lah yang akan menanti.
3. Letakkan tapak tangan kanan di atas dada atau tengah tengah dada.
4. Baca AL FATIHAH dengan ikhlas hati, untuk diri sendiri dan untuk perkara yang membengangkan itu. Kalau bengang kat orang, hadiahkan FATIHAH dengan ikhlas kepadanya.
5. Baca Fatihah hingga tiada rasa berdebar debar di dada .
6. Insya Allah Allah akan permudahkan urusan anda mengenai perkara itu

Selamat mencuba....
Search Engine Submission - AddMe