Monday, October 18, 2010

KURSUS PENGISIAN DIRI JURULATIH

TARIKH :rujk FB Aura Asshifa
TEMPAT :KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN TELUK INTAN

OBJEKTIF :

1. Mendedahkan RAHSIA SENI GAYONG kepada yang berhak
2. Memastikan setiap Jurulatih faham mengenai konsep Gayong
3. Menanam keperihatinan terhadap adab dan adat di dalam GAYONG
4. Mengaplikasikan latihan GAYONG tradisional
5. Memastikan setiap jurulatih dilengkapi dengan pelbagai ilmu , rahsia dan petua untuk memimpin gelanggang

KANDUNGAN KURSUS

1. Latihan mengemaskan SENI GAYONG (Pecahan Buah Tapak Silibus PASAK)
2. Latihan Pembinaan Tenaga Dalam
3. Latihan SENAMAN TUA /NAFAS untuk peningkatan stamina
4. ADAP dan ADAT berguru
5. Pengisian dan amalan sebagai GURU
6. Titik Kelemahan Manusia
7. Konsep dalam Pelajaran GAYONG
8. Huraian maksud tersirat Logo Gayong Perang yang dipakai oleh ADMAR, sekaligus akan mendedahkan rahsia, amalan dan petua yang terkandung di dalamnya.
9. Petua mandi, tidur, berjalan, memakai baju, Pasung lawan, buang bisa, naiki kenderaan, memudahkan urusan, rahsia piramid ethereal (yg digunakan oleh pendekar dulukala) dan petua petua lain yang dirasakan perlu untuk diperturunkan
10. Rahsia Perlimau Tapak (hanya untuk pengetahuan dan bukannya nak jadi wakil Perlimau.Boleh digunakan untuk perubatan Tradisional)
11 Rahsia Kalimah Syahadah (tahu rahsianya barulah boleh digunakan sebagai Hikmah Kalimah, Lam Jalallah dan juga Pukulan Kipas Nandung , termasuk ijab Syahadah )



SASARAN PESERTA:
1. Bakal bakal Jurulatih Muda
2. Jurulatih Sedia ada yang ingin menambahkan ilmu dan kemahiran
3. Sekurang kurangnya telah memperlajari 21 BUAH TAPAK GAYONG

Sila Jawab Soalan berikut :

1. Ada berapa seni dalam KILAS SAWA BERENDAM
2. Kenapa Buah di atas di jadikan Buah pertama di dalam pelajaran GAYONG
3. Apakah Konsep Buah Tapak Gayong dan Konsep Pukulan Maut Gayong
4. Apakah maksud "Di Batu Jembala" , " DI Atas Kata-Kata" , " DI Bawah Kata Kata", : Di Sanubari" , " Di Pandangan "
5. Bagaimana Salam Gayong yang sebenarnya - (untuk memastikan ketulenan anak Gayong agar rahsia GAYONG tidak tersalah ajar kepada yang bukan haknya )
6. Tahukah tentang petua "Gersek Di Pantai',"Telur Di Hujung Tanduk"," Tunggul Rasullullah","Pagar Rakit","Sauh Tunggal"
7. Tahukah bagaimana Latihan Kekuatan Genggaman Jari dilatih

Dan pelbagai lagi persoalan , petua dan rahsia akan didedahkan dalam kursus ini.

HUBUNGI 0124142401 untuk keterangan lanjut.






Saturday, May 1, 2010

BENGKEL SENAMAN TUA

Senaman Tua (ST) diasaskan oleh Azlan Ghanie, inspirasi dari didikan ayahandanya Abdul Ghanie yang berketurunan Raja Melayu Sarawak berdarah Merpati Jepang dan digandingkan dengan silat istana dari Pahlawan Pahang keturunan bondanya, Rugaya Jaafar yang berdarah Bugis.

Senaman Tua berunsur atau bersendi kepada asas orang Melayu berdiri, duduk, baring dan bergerak. Semua pergerakan itu bercerita seperti seorang Pahlawan Melayu berpakaian lengkap. Pakaian yang dipakai dan senjata yang digenggam, semuanya menceritakan niat dan matlamat.

Sehubungan itu, identiti orang Melayu atau orang istana jika berdiri sewajarnya tegap menampakkan segak dan sajak. Dalam senaman duduk, ia bermula dengan bersila dan kemudiannya boleh dipelbagai dengan posisi bersimpuh, bertenteng, bercangkung, berlunjur dan sebagainya.

Dalam konsep beladiri, duduk bersila boleh juga mengawal serangan 4 penjuru dengan pergerakan yang minima. Bila bangun dari tidur, sebaik baiknyambillah nafas panjang. Bagi orang Melayu, mereka bersyukur dan selepas mengambil nafas panjang, digerak gerak seperti gelek bahagian pinggang. Di angkat dua tangan ke atas dan digerak gerakkan kaki iaitu bahagian tapak. Kemudian tengkuk di angkat ke atas.

ST menjurus kepada kekuatan dan kecepatan. Jesteru itu senaman ini menumpu kepada kekuatan sendi dengan pergerakan yang diolah dan dinamakan secara am dengan 'tari tangan'

Senaman ini juga berfungsi bagi alternatif merawat pelbagai jenis penyakit seperti kecederaan bahu, tulang belikat, sakit sendi, ' slip disc' , kebas kebas, migrain, resdung, asma dan pelbagai lagi penyakit yang telah dapat disembuhkan hanya dengan mengamalkan senaman ini.

Hanya Jauhari yang mengenal maknikam. Hanya yang pelajari akan tahu rahsia dan 'rasa'nya.

Kandungan Bengkel

1. Nafas Melayu
2. Tapak 9
3. Jengket
4. Labuh Luar
5. Labuh Dalam
6. Temu Tempurung
7. Tari Inang
8. Gelek Pinggang
9. Naga Berlabuh
10. Sila Pendekar
11. Junjung Langit
12. Siku Temu Lutut
13. Renang
14. Tenguk Ibu Jari
15. Bangkit Tidur
16. Tegang Pusat / Buai Anak
17. Geliat Rimau
18. Gulung Ekor Naga
19. Hangat Tapak Tangan
20. Bunga Teratai
21. SampaiTangan
22. Tampar Beruang
23. Bilas Tangan
24. Selangkah Guru
25. Bunga Cina
26. Anak Raja Turun ke Kolam
27. Petik Bunga
28. Dongak ke langit
29. Dayung Sampan
30. Tegang Pinggang Kendur Pusat
31. Gelek Ponggong
32. Pacak Nafas
33. Tudung Nafas

Berminat ???

Kami sedia memberi latihan sama ada secara berkumpulan ataupun individu.

Hubungi 012-4142401 untuk keterangan lanjut.

Sunday, April 18, 2010

PERKHIDMATAN AURA ASSHIFA

Apa yang Aura Asshifa ada....

AURA ASSHIFA bukan hanya wadah untuk pengumpulan tradisi Ilmu yang melibatkan TENAGA semata mata. Ada kursus perubatan alternatif, hoklistik, komplementari, tradisional, kerohanian. Ada kursus silat ( Gayong Malaysia, Silat Sabil, ) kursus bela diri mudah ( rotan pendek, bela diri untuk wanita, ) Kursus Tenaga Dalam, Tenaga Alam, 'Cosmic Energy' , Tenaga Piramid, Tenaga Kristal dan lain lain. Kursus Kekuatan Minda yang meliputi Minda Bawah Sedar, Minda Super Sedar, Meditasi, Fokus, Positive Feeling, power Of Ikhlas, Positive Thinking, Law Of Attraction. Konsep dan Rahsia Alam Semesta (konsep mandi bunga, mandi garam, mandi limau dan lain lain ) Ada gak perkhidmatan aktiviti Outdoor seperti Abseiling, Mendaki Gunung, menyelam, Latihan Menyelamat Kelemasan, Paint Ball, Perkhemahan, Tempur Tanpa Senjata, Kawad Kaki dan lain lain lagi la. Kami cuba untuk memenuhi kehendak anda. Ada penjualan produk produk kesihatan seperti Magnetik Oil, Aura Asshifa Vibration Oil, Biosinergy Oil, Kelapa Dara Aura Asshifa, Holistic Skin Care dan Sabun Pegaga .

Maknanya Aura Asshifa adalah wadah pelbagai jenis ilmu dan kemahiran. Apa apa pun jangan cepat menilai sesuatu dengan keburukan. Jangan kerana anda tidak belajar sesuatu yang dikatakan 'high level' maka orang yang dah mencapainya dikatakan 'sesat' atau seumpamanya. Kadang kadang terfikir, sapa kita yang nak menghukum atau menilai orang lain sedangkan ilmu yang ada pun cukup cukup makan untuk memastikan anda dapat menjawab di dalam kubur nanti.

So, lebih baik bertnya bila tak tahu dan berbincang bila kurang faham. Jangan dah la 'bodoh' akan bertam bah 'bangang' bila menghukum orang tanpa ilmu dan pengetahuan.
so fikir fikirkanlah wahai saudara saudara ku. Sebab itu la kita orang Islam dan Melayu tak maju maju hingga hari ni. Taknak keluar dari kepompong yang lama untuk menjadi rama rama yang cantik

Maaf jika terkasar bicara.

IKRAR WIRA BAKTI

AKU BERNAMA ………………….
DIBINKAN DENGAN NAMA BAPAKU
DIKAPANKAN DENGAN NAMA IBUKU
DIHIDUPKAN OLEH ALLAH TUHANKU

AKU BERJALAN DIBUMI TUHAN, MENCARI KEREDHAANNYA
AKU BERGERAK DENGAN KUDRATNYA
AKU BERNAFAS DENGAN IRADATNYA

PANCAINDERA KU INI BUKAN MILIKKU, TUBUHKU INI JUGA BUKAN MILIKKU
TETAPI
SEGALANYA MILIK TUHANKU, ALLAH YANG MAHA BERKUASA

AKAN TETAPI
JIWA INI ADALAH AKU, DIRI INI ADALAH AKU, AKU ADALAH AKU

AKU YANG DIAMANAHKAN MENJAGA TUBUH DAN DIRI INI
AKU YANG DIPERINTAHKAN MEMELIHARA ISLAM DAN IMANKU INI
AKU YANG DITUNTUT BERBUAT BAIK SESAMA MAKHLUKNYA
AKU JUGA DIAMANAHKAN SEBAGAI KHALIFAH MUKA BUMI INI

SEJARAH MENCATATKAN
MERAKA YANG GAGAL MEMELIHARA AMANAH ALLAH DAN MEROSAKKAN DIRINYA…………………………..NERAKALAH TEMPATNYA

SESUNGGUHNYA……..MANA KAN AKU SANGGUP MENAHAN SIKSAAN NERAKAMU

AKU MESTI BERJAYA…. AKU MESTI GAGAH…….AKU MESTI CEKAL…… 3 X
DALAM MENGHADAPI DUGAAN DAN CABARAN HIDUP INI

AKU BERJANJI AKAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN INI
AKU BERJANJI AKAN MEMELIHARA DIRI INI
AKU BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKAN AGAMAKU, MARUAHKU DAN HAK KU
AKULAH WIRA, AKULAH PAHLAWAN, AKULAH SATRIA NUSA DAN BANGSA

AKU BERJANJI KEPADA AKALKU
AKU BERJANJI KEPADA IMANKU
AKU BERJANJI KEPADA ANGGOTA TUBUH DIRIKU DAN HAKIKATNYA
AKU BERJANJI KEPADA ALLAH TUHANKU
ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR

WAHAI DIRI, MULAI SAAT INI AKU MENGHARAMKAN KAMU MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN DAN PERILAKU MEROSAKKAN YANG MEMBAWA KEPADA KEGAGALAN KEHIDUPAN DAN KEMURKAAN ALLAH.
YA ALLAH BERIKANLAH AKU KEKUATAN DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN INI



Cuba anda baca dengan penuh perasaan dan kuat kuat. biar sakit tekak asalkan jangan sakit jiwa. Lepas tu baca dengan suara mendayu dayu, pujuk hati la kiranya. Then rasakan... that feeling inside from your soul.

Sunday, March 21, 2010

BUKU AURA ASSHIFA

ADAKAH ANDA ....
1. Celaru dalam membuat program mida bagi mendapatkan impian hidup?
2. Tiada apa2 prinsip dalam hidup yang hendak diikuti ?
3. Ingin menyerlahkan potensi diri
4. Ingin mengenali kehebatan Aura Diri
5. Belum mengenali potensi diri yang sebenarnya ?
6. Ingin menegetahui asas pembinaan Tenaga Dalam?
7. Pelik bagaimana perubatan alternatif dapat membantu dalam merawat masalah pesakit?

dan banyak lagi rahsia diri akan terbongkar dengan hanya membaca buku ini...

Buku AURA ASSHIFA 

menceritakan berkaitan dengan Aura Asshifa, Prinsip Menuju Kecemerlangan, Latihan Jurus Tenaga Dalam beserta gambar, kaedah meditasi, konsep penyembuhan menggunakan tenaga alam semesta dan pelbagai lagi rahsia rahsia alam akan didedahkan untuk pengetahuan umum telah pun siap untuk dijual.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkannya.

Harga RM 25.00 ( 100 muka surat) termasuk pos

JANGAN jadikan harga sebagai penghalang untuk anda mengetahui pelbagai rahsia dan khazanah alam untuk anda gunakan dalam kehidupan seharian anda.

JIKA BERMINAT

hubungi 0124142401
untuk dapatkan nombor akaun saya

Jangan lupa bagi nama dan alamat lengkap untuk diposkan. Kiriman akan dibuat secara pos Xpress.




Monday, January 4, 2010

VCD LATIHAN

VCD LATIHAN

1. KURSUS MENGURUT TRADISIONAL RM 50.00
2. PELAJARAN SILAT SENI GAYONG
BENGKUNG AWAN PUTIH RM 30.00
BENGKUNG PELANGI HIJAU RM 30/00
(UNTUK AHLI PSSGM SAHAJA - SERTAKAN BUKTI SEBAGAI AHLI PSSGM )
3. TEMPUR TANPA SENJATA RM 30.00
Pukulan maut serta Elak Pukul

BAYARAN POS RM10.00


Search Engine Submission - AddMe