Labels

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, January 11, 2009

KATAKAN KEPADA DIRI ANDA SETIAP HARI...

HARI INI AKU REDHA APA YANG TELAH BERLAKU KE ATAS DIRIKU DAN YANG AKAN BERLAKU
AKU YAKIN KEHIDUPANKU PADA HARI INI AKAN LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA
KU PADAMKAN KEMARAHAN DAN NAFSU SARAKAHKU
KU HILANGKAN KERISAUANKU DENGAN SIKAP REDHA DAN PENGHARAPAN PADA RAHMAT ILAHI
KU BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT YANG KU TERIMA
KEJUJURAN TERHADAP MAKHLUK ADALAH AMALAN HIDUPKU
KEIHKHLASANKU HANYA UNTUK MU YA ALLAH


Baca dengan penuh perasaan sambil memandang ke cermin muka.
Lihat wajah anda ketika membacanya

KONSEP 'LAW OF ATTRACTION"
ATTUNEMENT 

Untuk pembaca yang inginkan penyelarasan tenaga secara percuma * boleh ikuti kaedah berikut :

 (lebih berkesan jika menggunakan Aura Asshifa Vibration Oil )

1. Duduk dalam kedaan rileks, samada di atas kerusi atau bersila.
2. Tegakkan tulang belakang
3. Bernafas secara perlahan samada menarik nafas atau mengeluarkan nafas.
4. Berzikir di dalam hati semasa proses penyelarasan dijalankan. (Zikir Allah, Allah, Allah..)
5. Tidak perlu untuk merasakan sesuatu, cuma hayati apa yang anda rasakan
6. Tidak merasakan sesuatu bukan bermakna penyelarasan tidak berjaya. Adakalanya tenaga yang diselaraskan terlalu halus untuk dirasai oleh orang yang tidak biasa melakukan meditasi.
7. Buat selama 20 minit
8. Seeloknya berwuduk terlebih dahulu
9. Baca Al Fatihah 1 x, selawat 7x dan mengucap dengan penuh keihlasan

10. Niat seperti berikut :

 YA ALLAH YA RABBI, YA RAHMAN YA RAHIIM. YA ZAT YANG MULIA. DENGAN KUDRAT DAN IRADATMU, AKU ( sebutkan nama berbinkan nama emak ) MENERIMA PENYELARASAN TENAGA ALAM SEMESTA TAHAP 1 DARIPADA MASTER ANUAR BIN AHMAD DENGAN SEMPURNA, SERASI, SEIMBANG DAN KEKAL ABADI DE DALAM TUBUH, NYAWA, HATI DAN RAHSIANYA DIRIKU INI.

11. Lakukan langkah langkah di atas dalam keadaam rileks.
12. Untuk memudahkan rileks, pasang muzik yang harmoni atau bacaan al quran ataupun zikir-zikir yang serasi dengan anda.
13. Apa apapun maklumkan kepada saya terlebih dahulu tentang diri anda.

Nama Penuh. Nama Ibu, Umur, Alamat dan No Kad Pengenalan.
SMSkan ke 0124142401

14. Cara pengunaan : Gosok kedua tapak tangan. Baca Bismillah dan niatkan tenaga alam semester mengalir kepada (penerima atau pesakit ) untuk ( sebutkan hajat cth penyembuhan ). Letakkan kedua tapak tangan ke bahagian yang sakit selama 10 minit. Pastikan anda terus berzikir di dalam hati.

*ATTUNEMENT PERCUMA HANYA AKAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG TELAH MENGIKUTI KURSUS METAFIZIK TAHAP 1 ANJURAN AURA ASSHIFA SAHAJA

SELAMAT MENCUBA.

Saturday, December 20, 2008

TENSION, MURUNG, TAK TENANG, BENGANG DAN .....

Rileks...

Belajar lah redha terhadap apa yang berlaku. Segalanya adalah dengan kudrat dan iradat Allah jugak. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Barang siapa yang berjaya mengatasinya, dapatlah merasai nikmat yang tersembunyi itu.

Apa kata ANDA cuba petua di bawah.

1. Kenangkan perkara yang membengangkan itu.
2. Katakan kepada diri bahawa itu semua adalah kehendak Allah. Kalau tidak percaya, gugurlah rukun iman ke 6 iaitu percaya kepada Qada dan Qadar Allah. Kalau rukun iman tak sempurna, maka iman pun tak sempurna. kata Guru2 mursyid, iman tak lengkap, azab ALLAH lah yang akan menanti.
3. Letakkan tapak tangan kanan di atas dada atau tengah tengah dada.
4. Baca AL FATIHAH dengan ikhlas hati, untuk diri sendiri dan untuk perkara yang membengangkan itu. Kalau bengang kat orang, hadiahkan FATIHAH dengan ikhlas kepadanya.
5. Baca Fatihah hingga tiada rasa berdebar debar di dada .
6. Insya Allah Allah akan permudahkan urusan anda mengenai perkara itu

Selamat mencuba....

Thursday, May 29, 2008

LAW OF ATTRACTION

KONSEP ’LAW OF ATTRACTION ’

’ TERLAKSANA DI DALAM KEHIDUPAN APABILA KITA MEMBERI PERHATIAN, TENAGA DAN TUMPUAN KEPADA SESUATU PERKARA SAMADA YANG BERSIFAT POSITIF ATAU PUN NEGATIF’

‘BERTINDAKBALAS KEPADA APA SAHAJA GETARAN / GELOMBANG YANG DIHANTAR ATAU DITERIMA SEPADAN DENGANNYA SAMA ADA POSITIF MAHU PUN NEGATIF’

1.0 PENDAHULUAN

Pernahkah anda mengalami situasi yang dikatakan berlaku secara kebetulan, takdir Allah, pertemuan yang tidak disangka sangka, keadaan yang berulang kali berlaku, bernasib baik ataupun peluang yang mendatang secara tiba tiba ?

Tahukah anda bagaimana perkara ini boleh berlaku ? Tidakkah terfikir oleh anda bahawa setiap yang berlaku adalah kehendak Allah yang dijadikan tanpa sia sia. Ini bermakna apa yang berlaku adalah dirancang oleh Allah dan bukannya secara kebetulan. Ketahuilah bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia sia dan dengan tidak dirancang.

Pernahkan anda mendengar berkaitan sebuah hadith Qudsi yang bermaksud ; “ AKU MENGIKUT SANGKAAN HAMBAKU”. Ini bermakna apa yang kita sangkakan akan kita dapat sama ada sangkaan baik mahupun sangkaan buruk.

Firman Allah yang bermaksud , “BERDOALAH KEPADAKU, PASTI AKAN KU MAKBULKAN”

Berdoa bermakna permohonan yang dibuat diikuti dengan penumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didoakan. Penumpuan akan melibatkan kerja hati, pemikiran serta sangkaan baik terhadap apa yang dipohonkan itu akan mendatangkan kejayaan dari Allah.

Doa dilafazkan menerusi mulut hasil daripada penzahiran apa yang tersemat dihati dan digambarkan oleh minda lalu diyakini bahawa permohonan itu pasti akan dimakbulkan oleh Allah.

Di sini akan melibatkan konsep ‘Power Of Words’ , ‘Power Of Thought’ dan ‘Power Of Visualization’

2.0 ‘POWER OF WORDS’

Perkataan yang dikeluarkan adalah merupakan suatu getaran tenaga yang dihantar. Getaran ini boleh menjadi positif ataupun negatif, bergantung kepada apa yang diucapkan. Perkataan yang diucapkan dengan penuh emosi akan mempunyai lebih getaran. Getaran juga merupakan gelombang yang berkaitan dengan minda manusia yang dapat dihantar dan dimasukkan ke dalam minda untuk diproses.

3.0 ‘POWER OF THOUGHT’
Minda manusia sentiasa mempunyai gelombangnya yang tersendiri samada di peringkat Beta, Alpha, Theta ataupun Delta. Setiap peringkat mempunyai frekuensinya yang tersendiri. Semasa tenang, manusia akan berada di peringat Alpha iaitu gelombang otaknya pada lingkungan 7 hingga 14 Hz sesaat. Apabila manusia berfikir, getaran tenaga akan dihantar ke alam semesta ini untuk diproses (hukum kejadian alam).

4.0 ‘POWER OF VISUALIZATION’

Daya pemikiran manusia kan menjadi lebih hebat bila melibatkan penggambaran minda iairu membayangkan sesuatu yang difikirkan. Getaran tenaga yang dihantar akan menjadi lebih kuat. Sekiranya emosi turut dilibatkan maka getaran tenaga akan menjadi lebih kuat.

Pernahkan anda terfikir mengapa doa ibu ke atas anaknya dan doa orang yang dikhianati akan dimakbulkan oleh Allah ? Ini adalah kerana doa mereka ini bukan sahaja dilafazkan oleh mulut tetapi dilakukan dengan penuh emosi, kesungguhan serta penggambaran minda ke atas apa yang diingini. Getaran tenaga ini dihantar dan dimakbulkan oleh Allah, maka diarahkan ala mini untuk melaksanakan permintaan tersebut. Ketahuilah bahawa Allah tidak membuat kerja tetapi mengarahkan kerja dilakukan oleh alam semesta ini termasuklah malaikat.

5.0 KONSEP ‘LAW OF ATTRACTION’
Bertindak ke atas getaran yang dihantar oleh manusia dan bukannya ke atas tindakan yang diambil sehingga menimbulkan getaran tersebut dihantar.

’ TERLAKSANA DI DALAM KEHIDUPAN APABILA KITA MEMBERI PERHATIAN, TENAGA DAN TUMPUAN KEPADA SESUATU PERKARA SAMADA YANG BERSIFAT POSITIF ATAUPUN NEGATIF’

‘BERTINDAKBALAS KEPADA APA SAHAJA GETARAN / GELOMBANG YANG DIHANTAR ATAU DITERIMA SEPADAN DENGANNYA SAMA ADA POSITIF MAHUPUN NEGATIF’

Berhati hatilah dengan getaran negatif yang dihantar secara tidak sengaja tanpa pengetahuan walaupun menerusi pemerhatian kepada apa yang sedang dihadapi.

Sebagai contoh, apabila anda melihat dompet anda kosong tanpa duit, perasaan anda akan terus merasakan kekurangan wang. Apabila anda memberikan perhatian kepada masalah itu, sebenarnya ada telah menghantar getaran tenaga kepada alam ini maka getaran yang sama akan anda terima menyebabkan keadaan ini akan berterusan dan menyebabkan pintu rezeki anda tertahan. Ini yang menyebabkan mengapa ramai manusia terus menerus berada di dalam keadaan ini secara berterusan

Untuk mengatasi masalah ini, anda harus menukar pemerhatian itu dengan bersyukur ataupun redha kepada ketentuan Allah. Ini menyebabkan getaran bertukar menjadi positif kerana wujudnya pengharapan ke atas kekuasaan Allah. Maka getaran positif akan dihantar kepada anda dan akan mengubah keadaan yang sedang dialami itu.

Firman Allah yang bermaksud , “BARANGSIAPA YANG BERTAWAKAL KEPADAKU, AKAN KU BUKAKAN PINTU REZEKI KEPADANYA DARIPADA SUMBER YANG TIDAK DIKETAHUI OLEHNYA” – ayat seribu dinar

Terdapat beberapa perkataan yang boleh menyebabkan kita menghantar getaran negatif dan mengakibatkan kita menerima situasi yang sama ke dalam kehidupan kita. Perkataan terbut adalah JANGAN, BUKAN dan TIDAK.

Minda akan sentiasa menapis perkatan tersebut dan hanya menerima perkataan selepasnya. Sebagai contoh, apabila diarahkan agar JANGAN memikirkan tentang wang, secara spontan kita akan memikirkan tentang wang. Begitu juga bila diarahkan agar JANGAN memikirkan tentang makanan, minda kita akan terus menggambarkan tentang makanan.

Sebenarnya minda kita akan memberikan tumpuan kepada apa yang kita TIDAK MAHU.

Bagaimana untuk mengubahnya ???

Akhiri ayat negatif tersebut dengan APA YANG AKU PERLUKAN / MAHUKAN ???

Ini akan mengubah ayat negatif tadi.

Sebagai contoh, apabila kita membicarakan tentang JANGAN FIKIRKAN TENTANG MAKANAN, akhiri ayat dengan JADI AKU PERLU FIKIRKAN TENTANG APA ? Secara tidak langsung minda akan terus memikirkan tentang persoalan kedua itu tadi. Kalau jawapan itu tadi mengarahkan untuk memikirkan tentang belajar, maka minda akan bersedia untuk memikirkan tentang belajar samada mengenai waktu, kaedah atau apa sahaja tentang belajar.

INGIN BELAJAR RAHSIA INI????
SERTAILAH KURSUS RAHSIA MINDA SUPER SEDAR YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA MENGANGGAP SEMUA KERJA ADALAH MUDAH.

Kelebihan :

1. Meningkatkan keyakinan diri
2. Menjadi lebih berjaya dari sebelum ini
3. Hajat lebih mudah diperolehi
4. Tenang menghadapi kehidupan yang mencabar
5. Membuat Program Minda dengan lebih mudah lagi
dan berbagai lagi kelebihan yang akan anda perolehi...

Kalau dulu orang sibuk dengan POSITIVE THINKING tapi hari ini orang memperkatakan pula tentang hebatnya POSITIVE FEELING

Jika tidak diperlajari, sampai ke mati pun tidak akan diketahui.

APA SAHAJA TINDAKAN YANG ANDA LAKUKAN PADA HARI INI, AKAN MENENTUKAN CORAK HIDUP ANDA DI MASA HADAPAN.

FIKIR FIKIRKAN LAH......





Search Engine Submission - AddMe