Labels

Saturday, May 1, 2010

BENGKEL SENAMAN TUA

Senaman Tua (ST) diasaskan oleh Azlan Ghanie, inspirasi dari didikan ayahandanya Abdul Ghanie yang berketurunan Raja Melayu Sarawak berdarah Merpati Jepang dan digandingkan dengan silat istana dari Pahlawan Pahang keturunan bondanya, Rugaya Jaafar yang berdarah Bugis.

Senaman Tua berunsur atau bersendi kepada asas orang Melayu berdiri, duduk, baring dan bergerak. Semua pergerakan itu bercerita seperti seorang Pahlawan Melayu berpakaian lengkap. Pakaian yang dipakai dan senjata yang digenggam, semuanya menceritakan niat dan matlamat.

Sehubungan itu, identiti orang Melayu atau orang istana jika berdiri sewajarnya tegap menampakkan segak dan sajak. Dalam senaman duduk, ia bermula dengan bersila dan kemudiannya boleh dipelbagai dengan posisi bersimpuh, bertenteng, bercangkung, berlunjur dan sebagainya.

Dalam konsep beladiri, duduk bersila boleh juga mengawal serangan 4 penjuru dengan pergerakan yang minima. Bila bangun dari tidur, sebaik baiknyambillah nafas panjang. Bagi orang Melayu, mereka bersyukur dan selepas mengambil nafas panjang, digerak gerak seperti gelek bahagian pinggang. Di angkat dua tangan ke atas dan digerak gerakkan kaki iaitu bahagian tapak. Kemudian tengkuk di angkat ke atas.

ST menjurus kepada kekuatan dan kecepatan. Jesteru itu senaman ini menumpu kepada kekuatan sendi dengan pergerakan yang diolah dan dinamakan secara am dengan 'tari tangan'

Senaman ini juga berfungsi bagi alternatif merawat pelbagai jenis penyakit seperti kecederaan bahu, tulang belikat, sakit sendi, ' slip disc' , kebas kebas, migrain, resdung, asma dan pelbagai lagi penyakit yang telah dapat disembuhkan hanya dengan mengamalkan senaman ini.

Hanya Jauhari yang mengenal maknikam. Hanya yang pelajari akan tahu rahsia dan 'rasa'nya.

Kandungan Bengkel

1. Nafas Melayu
2. Tapak 9
3. Jengket
4. Labuh Luar
5. Labuh Dalam
6. Temu Tempurung
7. Tari Inang
8. Gelek Pinggang
9. Naga Berlabuh
10. Sila Pendekar
11. Junjung Langit
12. Siku Temu Lutut
13. Renang
14. Tenguk Ibu Jari
15. Bangkit Tidur
16. Tegang Pusat / Buai Anak
17. Geliat Rimau
18. Gulung Ekor Naga
19. Hangat Tapak Tangan
20. Bunga Teratai
21. SampaiTangan
22. Tampar Beruang
23. Bilas Tangan
24. Selangkah Guru
25. Bunga Cina
26. Anak Raja Turun ke Kolam
27. Petik Bunga
28. Dongak ke langit
29. Dayung Sampan
30. Tegang Pinggang Kendur Pusat
31. Gelek Ponggong
32. Pacak Nafas
33. Tudung Nafas

Berminat ???

Kami sedia memberi latihan sama ada secara berkumpulan ataupun individu.

Hubungi 012-4142401 untuk keterangan lanjut.
Search Engine Submission - AddMe