Sunday, April 18, 2010

PERKHIDMATAN AURA ASSHIFA

Apa yang Aura Asshifa ada....

AURA ASSHIFA bukan hanya wadah untuk pengumpulan tradisi Ilmu yang melibatkan TENAGA semata mata. Ada kursus perubatan alternatif, hoklistik, komplementari, tradisional, kerohanian. Ada kursus silat ( Gayong Malaysia, Silat Sabil, ) kursus bela diri mudah ( rotan pendek, bela diri untuk wanita, ) Kursus Tenaga Dalam, Tenaga Alam, 'Cosmic Energy' , Tenaga Piramid, Tenaga Kristal dan lain lain. Kursus Kekuatan Minda yang meliputi Minda Bawah Sedar, Minda Super Sedar, Meditasi, Fokus, Positive Feeling, power Of Ikhlas, Positive Thinking, Law Of Attraction. Konsep dan Rahsia Alam Semesta (konsep mandi bunga, mandi garam, mandi limau dan lain lain ) Ada gak perkhidmatan aktiviti Outdoor seperti Abseiling, Mendaki Gunung, menyelam, Latihan Menyelamat Kelemasan, Paint Ball, Perkhemahan, Tempur Tanpa Senjata, Kawad Kaki dan lain lain lagi la. Kami cuba untuk memenuhi kehendak anda. Ada penjualan produk produk kesihatan seperti Magnetik Oil, Aura Asshifa Vibration Oil, Biosinergy Oil, Kelapa Dara Aura Asshifa, Holistic Skin Care dan Sabun Pegaga .

Maknanya Aura Asshifa adalah wadah pelbagai jenis ilmu dan kemahiran. Apa apa pun jangan cepat menilai sesuatu dengan keburukan. Jangan kerana anda tidak belajar sesuatu yang dikatakan 'high level' maka orang yang dah mencapainya dikatakan 'sesat' atau seumpamanya. Kadang kadang terfikir, sapa kita yang nak menghukum atau menilai orang lain sedangkan ilmu yang ada pun cukup cukup makan untuk memastikan anda dapat menjawab di dalam kubur nanti.

So, lebih baik bertnya bila tak tahu dan berbincang bila kurang faham. Jangan dah la 'bodoh' akan bertam bah 'bangang' bila menghukum orang tanpa ilmu dan pengetahuan.
so fikir fikirkanlah wahai saudara saudara ku. Sebab itu la kita orang Islam dan Melayu tak maju maju hingga hari ni. Taknak keluar dari kepompong yang lama untuk menjadi rama rama yang cantik

Maaf jika terkasar bicara.

IKRAR WIRA BAKTI

AKU BERNAMA ………………….
DIBINKAN DENGAN NAMA BAPAKU
DIKAPANKAN DENGAN NAMA IBUKU
DIHIDUPKAN OLEH ALLAH TUHANKU

AKU BERJALAN DIBUMI TUHAN, MENCARI KEREDHAANNYA
AKU BERGERAK DENGAN KUDRATNYA
AKU BERNAFAS DENGAN IRADATNYA

PANCAINDERA KU INI BUKAN MILIKKU, TUBUHKU INI JUGA BUKAN MILIKKU
TETAPI
SEGALANYA MILIK TUHANKU, ALLAH YANG MAHA BERKUASA

AKAN TETAPI
JIWA INI ADALAH AKU, DIRI INI ADALAH AKU, AKU ADALAH AKU

AKU YANG DIAMANAHKAN MENJAGA TUBUH DAN DIRI INI
AKU YANG DIPERINTAHKAN MEMELIHARA ISLAM DAN IMANKU INI
AKU YANG DITUNTUT BERBUAT BAIK SESAMA MAKHLUKNYA
AKU JUGA DIAMANAHKAN SEBAGAI KHALIFAH MUKA BUMI INI

SEJARAH MENCATATKAN
MERAKA YANG GAGAL MEMELIHARA AMANAH ALLAH DAN MEROSAKKAN DIRINYA…………………………..NERAKALAH TEMPATNYA

SESUNGGUHNYA……..MANA KAN AKU SANGGUP MENAHAN SIKSAAN NERAKAMU

AKU MESTI BERJAYA…. AKU MESTI GAGAH…….AKU MESTI CEKAL…… 3 X
DALAM MENGHADAPI DUGAAN DAN CABARAN HIDUP INI

AKU BERJANJI AKAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN INI
AKU BERJANJI AKAN MEMELIHARA DIRI INI
AKU BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKAN AGAMAKU, MARUAHKU DAN HAK KU
AKULAH WIRA, AKULAH PAHLAWAN, AKULAH SATRIA NUSA DAN BANGSA

AKU BERJANJI KEPADA AKALKU
AKU BERJANJI KEPADA IMANKU
AKU BERJANJI KEPADA ANGGOTA TUBUH DIRIKU DAN HAKIKATNYA
AKU BERJANJI KEPADA ALLAH TUHANKU
ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR

WAHAI DIRI, MULAI SAAT INI AKU MENGHARAMKAN KAMU MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN DAN PERILAKU MEROSAKKAN YANG MEMBAWA KEPADA KEGAGALAN KEHIDUPAN DAN KEMURKAAN ALLAH.
YA ALLAH BERIKANLAH AKU KEKUATAN DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN INI



Cuba anda baca dengan penuh perasaan dan kuat kuat. biar sakit tekak asalkan jangan sakit jiwa. Lepas tu baca dengan suara mendayu dayu, pujuk hati la kiranya. Then rasakan... that feeling inside from your soul.
Search Engine Submission - AddMe