Labels

Wednesday, October 9, 2013

ILMU NAFAS



ILMU NAFAS MELAYU

Hebatnya Silat Melayu itu dengan adanya Pengisian Ilmu Nafas.

Kenapa ianya dikatakan ILMU YANG HEBAT? 
Jawapannya, kerana Ilmu Nafas ini membicarakan soal HIDUPNYA INSAN ITU KERANA ADANYA NAFAS.  Begitulah peri pentingnya Nafas buat manusia. Mati itu apabila NAFAS itu dicabut dari DIRI INSAN. Walaubagaimanapun, ROH sentiasa HIDUP kerana ianya RAHSIA ALLAH SWT dan NAFAS itu pula adalah RAHSIA INSAN.

KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU NAFAS.
Selain diajar dan difahamkan akan rahsia nafas ini secara hakikatnya, seorang Pendekar juga didedahkan dengan pelbagai ILMU HIKMAH yang berkaitan dengan ILMU NAFAS MELAYU ini. Dengan KETINGGIAN ILMU para PENDETA GURU, maka pelbagai manfaat dan kelebihan mampu diraih melalui AMALAN-AMALAN yang berkait dengan Nafas ini. Antara kelebihannya seperti;

1. Kunci kepada ILMU GERAK SIRR
2. Mampu mengaktifkan TENAGA DALAM dalam DIRI.
3. Berkemampuan untuk melaksanakan JURUS JARAK JAUH.
4. Kebal dari sebarang serangan senjata tajam sama ada Tetak, Hiris atau Tikam.
5. Membuka Pandangan dan Pendengaran Ghaib.
6. Melancarkan peredaran darah dan aliran saraf.
7. Tindakan refleks yang tinggi.
8. Wujud pelindung diri seperti lapisan aura sekeliling tubuh.
9. Mampu melemahkan musuh hanya dengan pandangan atau niat di hati.

PELANGKAH HULUBALANG.

Pelangkah Hulubalang merupakan antara "PAKAIAN DIRI"  buat Pendekar-Pendekar silam. Terdapat 7 Amalan yang tersohor dalam MEMBERIKAN ISYARAT sebelum melangkah keluar rumah atau ke medan peperangan. Firasat yang terbit dari amalan ini ada berkait dengan ALIRAN NAFAS dan PANCAINDERA. Amalannya seperti;
1.              
                      PANDANGAN BATIN
 Pejam mata dan bayangkan WAJAH IBU KITA. Jika jelas dan tersenyum maka teruskanlah. Jika  kabur atau tiada terbayang, maka hentikan sementara niat kita.

2.                  PANDANGAN ZAHIR

3.                  PENDENGARAN BATIN

4.                  PENDENGARAN ZAHIR

5.                  RASA BATIN

6.                  RASA ZAHIR

7.                  NAFAS


PELBAGAI BENTUK NAFAS

Dalam pengajian tentang Nafas Melayu, terdapat pelbagai jenis dan ragam Nafas yang perlu dikuasai.  Antaranya;

1. Nafas Kanan
2. Nafas Kiri
3. Nafas kembar
4. Nafas Panjang
5. Nafas Pendek.
6. Nafas Hidung - Hidung
7. Nafas Hidung - Mulut
8. Nafas Dada
9. Nafas Perut.
10. Kunci Nafas

Secara kesimpulannya, pengetahuan akan ILMU NAFAS ini amat panjang dan mendalam untuk dibicarakan di ruangan ini. Hal yang terpenting yang perlu kita ambil pedoman adalah ROH MENGANDUNGI RAHSIA ALLAH SWT dan NAFAS ADALAH RAHSIA INSAN.

Latihan NAFAS AURA ASSHIFA sebenarnya untuk menyusun kembali arah aliran dan pergerakan ASAL NAFAS dalam DIRI INSAN. Amat banyak manfaatnya jika mengetahuinya.  Wallahua'lam.

Friday, November 9, 2012

KURSUS PERUBATAN KEROHANIAN AURA ASSHIFA TAHAP 1

Kandungan Kursus :

1. Meditasi Kerohanian
2. Amalan Kerohanian
3. Konsep perubatan alternatif
4. Keperluan perawat
5. Lazer batin
6. Punca kejadian penyakit
7. Rahsia mandi limau
8. Kaedah menarik tenaga negatif
9. Kaedah membuang tenaga negatif
10. Penyediaan air hikmah, bunga dan garam bertenaga.
11. Pengisian keris
12. Konsep mandi bunga, mandi limau, mandi air garam
13. Asas mengesan kehadiran tenaga negatif
14. Senjata / amalan melawan tenaga negatif
15. Pagar Diri Lam jalallah dan petua melangkah Lam Jalallah
16. Jurus Aura Asshifa

Tempat : Rumah Rehat Teluk Intan
Bayaran : RM 350 ( penginapan , makan, bahan pembelajaran, sijil penyertaan dan CD)
Jangkamasa : 2 hari 1 malam
Minimum : 1 orang
Diskaun dakan diberikan sekiranya pendaftaran secara berkumpulan
Juga akan dibuat di tempat lain sekiranya diperlukan (syarat dikenakan)

Berminat ???

Hubungi 012-4142401

Deposit RM50 diperlukan sebagai bukti berminat menyertai kursus ini
Bank in ke akaun MAYBANK 105019307109 ANUAR B AHMAD

Mengapa perlu belajar ????
1. Membantu diri sendiri serta ahli keluarga daripada gangguan tenaga negatif
2. Memahami kaedah perubatan alternatif
3. Meningkatkan pengharapan kepada Yang Maha Berkuasa
4. Memahami ilmu hakikat dan makrifat secara ilmu
5. Meningkatkan tahap diri sendiri
6. Menjadikan diri lebih berkeyakinan
7. Membantu orang lain yang memerlukan pertolongan
8. Menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai pesilat

Saturday, May 1, 2010

BENGKEL SENAMAN TUA

Senaman Tua (ST) diasaskan oleh Azlan Ghanie, inspirasi dari didikan ayahandanya Abdul Ghanie yang berketurunan Raja Melayu Sarawak berdarah Merpati Jepang dan digandingkan dengan silat istana dari Pahlawan Pahang keturunan bondanya, Rugaya Jaafar yang berdarah Bugis.

Senaman Tua berunsur atau bersendi kepada asas orang Melayu berdiri, duduk, baring dan bergerak. Semua pergerakan itu bercerita seperti seorang Pahlawan Melayu berpakaian lengkap. Pakaian yang dipakai dan senjata yang digenggam, semuanya menceritakan niat dan matlamat.

Sehubungan itu, identiti orang Melayu atau orang istana jika berdiri sewajarnya tegap menampakkan segak dan sajak. Dalam senaman duduk, ia bermula dengan bersila dan kemudiannya boleh dipelbagai dengan posisi bersimpuh, bertenteng, bercangkung, berlunjur dan sebagainya.

Dalam konsep beladiri, duduk bersila boleh juga mengawal serangan 4 penjuru dengan pergerakan yang minima. Bila bangun dari tidur, sebaik baiknyambillah nafas panjang. Bagi orang Melayu, mereka bersyukur dan selepas mengambil nafas panjang, digerak gerak seperti gelek bahagian pinggang. Di angkat dua tangan ke atas dan digerak gerakkan kaki iaitu bahagian tapak. Kemudian tengkuk di angkat ke atas.

ST menjurus kepada kekuatan dan kecepatan. Jesteru itu senaman ini menumpu kepada kekuatan sendi dengan pergerakan yang diolah dan dinamakan secara am dengan 'tari tangan'

Senaman ini juga berfungsi bagi alternatif merawat pelbagai jenis penyakit seperti kecederaan bahu, tulang belikat, sakit sendi, ' slip disc' , kebas kebas, migrain, resdung, asma dan pelbagai lagi penyakit yang telah dapat disembuhkan hanya dengan mengamalkan senaman ini.

Hanya Jauhari yang mengenal maknikam. Hanya yang pelajari akan tahu rahsia dan 'rasa'nya.

Kandungan Bengkel

1. Nafas Melayu
2. Tapak 9
3. Jengket
4. Labuh Luar
5. Labuh Dalam
6. Temu Tempurung
7. Tari Inang
8. Gelek Pinggang
9. Naga Berlabuh
10. Sila Pendekar
11. Junjung Langit
12. Siku Temu Lutut
13. Renang
14. Tenguk Ibu Jari
15. Bangkit Tidur
16. Tegang Pusat / Buai Anak
17. Geliat Rimau
18. Gulung Ekor Naga
19. Hangat Tapak Tangan
20. Bunga Teratai
21. SampaiTangan
22. Tampar Beruang
23. Bilas Tangan
24. Selangkah Guru
25. Bunga Cina
26. Anak Raja Turun ke Kolam
27. Petik Bunga
28. Dongak ke langit
29. Dayung Sampan
30. Tegang Pinggang Kendur Pusat
31. Gelek Ponggong
32. Pacak Nafas
33. Tudung Nafas

Berminat ???

Kami sedia memberi latihan sama ada secara berkumpulan ataupun individu.

Hubungi 012-4142401 untuk keterangan lanjut.

Sunday, April 18, 2010

PERKHIDMATAN AURA ASSHIFA

Apa yang Aura Asshifa ada....

AURA ASSHIFA bukan hanya wadah untuk pengumpulan tradisi Ilmu yang melibatkan TENAGA semata mata. Ada kursus perubatan alternatif, hoklistik, komplementari, tradisional, kerohanian. Ada kursus silat ( Gayong Malaysia, Silat Sabil, ) kursus bela diri mudah ( rotan pendek, bela diri untuk wanita, ) Kursus Tenaga Dalam, Tenaga Alam, 'Cosmic Energy' , Tenaga Piramid, Tenaga Kristal dan lain lain. Kursus Kekuatan Minda yang meliputi Minda Bawah Sedar, Minda Super Sedar, Meditasi, Fokus, Positive Feeling, power Of Ikhlas, Positive Thinking, Law Of Attraction. Konsep dan Rahsia Alam Semesta (konsep mandi bunga, mandi garam, mandi limau dan lain lain ) Ada gak perkhidmatan aktiviti Outdoor seperti Abseiling, Mendaki Gunung, menyelam, Latihan Menyelamat Kelemasan, Paint Ball, Perkhemahan, Tempur Tanpa Senjata, Kawad Kaki dan lain lain lagi la. Kami cuba untuk memenuhi kehendak anda. Ada penjualan produk produk kesihatan seperti Magnetik Oil, Aura Asshifa Vibration Oil, Biosinergy Oil, Kelapa Dara Aura Asshifa, Holistic Skin Care dan Sabun Pegaga .

Maknanya Aura Asshifa adalah wadah pelbagai jenis ilmu dan kemahiran. Apa apa pun jangan cepat menilai sesuatu dengan keburukan. Jangan kerana anda tidak belajar sesuatu yang dikatakan 'high level' maka orang yang dah mencapainya dikatakan 'sesat' atau seumpamanya. Kadang kadang terfikir, sapa kita yang nak menghukum atau menilai orang lain sedangkan ilmu yang ada pun cukup cukup makan untuk memastikan anda dapat menjawab di dalam kubur nanti.

So, lebih baik bertnya bila tak tahu dan berbincang bila kurang faham. Jangan dah la 'bodoh' akan bertam bah 'bangang' bila menghukum orang tanpa ilmu dan pengetahuan.
so fikir fikirkanlah wahai saudara saudara ku. Sebab itu la kita orang Islam dan Melayu tak maju maju hingga hari ni. Taknak keluar dari kepompong yang lama untuk menjadi rama rama yang cantik

Maaf jika terkasar bicara.

Sunday, March 21, 2010

BUKU AURA ASSHIFA

ADAKAH ANDA ....
1. Celaru dalam membuat program mida bagi mendapatkan impian hidup?
2. Tiada apa2 prinsip dalam hidup yang hendak diikuti ?
3. Ingin menyerlahkan potensi diri
4. Ingin mengenali kehebatan Aura Diri
5. Belum mengenali potensi diri yang sebenarnya ?
6. Ingin menegetahui asas pembinaan Tenaga Dalam?
7. Pelik bagaimana perubatan alternatif dapat membantu dalam merawat masalah pesakit?

dan banyak lagi rahsia diri akan terbongkar dengan hanya membaca buku ini...

Buku AURA ASSHIFA 

menceritakan berkaitan dengan Aura Asshifa, Prinsip Menuju Kecemerlangan, Latihan Jurus Tenaga Dalam beserta gambar, kaedah meditasi, konsep penyembuhan menggunakan tenaga alam semesta dan pelbagai lagi rahsia rahsia alam akan didedahkan untuk pengetahuan umum telah pun siap untuk dijual.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkannya.

Harga RM 25.00 ( 100 muka surat) termasuk pos

JANGAN jadikan harga sebagai penghalang untuk anda mengetahui pelbagai rahsia dan khazanah alam untuk anda gunakan dalam kehidupan seharian anda.

JIKA BERMINAT

hubungi 0124142401
untuk dapatkan nombor akaun saya

Jangan lupa bagi nama dan alamat lengkap untuk diposkan. Kiriman akan dibuat secara pos Xpress.




Thursday, December 31, 2009

PERHATIAN:PENIPUAN DALAM PENYEBARAN ILMU TRADISI AURA ASSHIFA

SETAKAT INI BELUM ADA SESIAPAPUN YANG DILANTIK UNTUK MENGAJAR ATAU MELATIH ORANG LAIN BERKENAAN DENGAN LATIHAN YANG DIKENDALIKAN OLEH AURA ASSHIFA.

SEKIRANYA ADA, PIHAK AURA ASSHIFA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KERUGIAN YANG TERPAKSA DITANGGUNG.

BEGITU JUGA INDIVIDU YANG MENGGUNAKAN NAMA AURA ASSHIFA ATAUPUN NAMA MASTER ANUAR BIN AHMAD UNTUK MENGAJAR ATAU MELATIH SEBARANG TRADISI ILMU YANG DIAJARKAN OLEH AURA ASSHIFA INI.

KURSUS YANG BERKAITAN

1. REIKI ASSHIFA
2. TENAGA DALAM ASSHIFA
3. M -POWER REIKI - kecuali yang mendapat kebenaran daripada MindTech Resourses @ Dr Zulkifli Alias
4. AURA ASSHIFA

JIKA TERDAPAT SEBARANG KERAGUAN, SILA HUBUNGI SAYA.

TERIMA KASIH

MASTER ANUAR B AHMAD
0124142401

Thursday, December 24, 2009

SILAT SABIL SERI INDERA SAKTI

INGIN BELAJAR PETUA SILAT DALAM MASA YANG SINGKAT - 3 JAM

KAEDAH SILAT YANG MUDAH, CEPAT DAN TERBUKTI BERKESAN

"SENI SILAT UNTUK HIBURAN, PETUA SILAT RAHSIA PERTEMPURAN"
"SENI SILAT MAINAN GURU, PETUA SILAT RAHSIA TOK GURU"

INGIN TAHU RAHSIA INI?



Mengapa perlu pelajari SILAT SABIL ???

KERANA :-

 1-Belajar rahsia tok guru
2- Tujuan belajar utk kesucian
3-Pendek masa belajar -3 jam tapi banyak rahsia yang diajar
4-Mudah,badan tak sakit,cepat dapat walaupun banyak yang diperlajri
5-Belajar  rukun silat (tak tahu rukun silat maka tak sah la pembelajaran silat kita ,bermakna tak tamat atau khatam)
6-Belajar ilmu peringkat tinggi seperti pemusnah garis laksamana,nafas pemusnah dan mengambil isi batin lawan
7-latihan ulangkaji yg mudah :5 minit seharipun dah cukup
8 Tidak perlu berkawan utk berlatih
9 DLL


PELIK kan???


JIKA DISULUH AKAN TERANG
JIKA DIPERLAJARI AKAN DIKETAHUI RAHSIA2 INI


BUKAN UNTUK MENDABIK DADA ATAU RIAK TAPI UNTUK PASTIKAN SEMUA UMAT ISLAM TAHU KAEDAH MENJAGA DIRI ,KELUARGA DAN AGAMA DENGAN CARA YANG MUDAH

BUAT RUMAH PERLUKAN MASA BERBULAN BULAN TAPI MERUNTUHKAN RUMAH CUMA BEBERAPA DETIK SAHAJA.

BELAJAR SILAT BERTAHUN TAHUN TAPI BERGADUH SEKEJAP SAHAJA

APAKAH  ITU  RUKUN SILAT ?
BAGAIMANA BOLEH TERJADI MENANG, KALAH DAN SERI DALAM PERTEMPURAN.?PENTING DALAM MENAFSIR RAHSIA RAHSIA MUSUH.

BAGAIMANA RAHSIA PEMATI TANGAN DAN KAKI LAWAN DALAM SESAAT DUA?
BAGAIMANA RAHSIA PEMATI GERAK LAWAN ?
BAGAIMANA CARA BERLANGKAH KETIKA MENGHADAPI LAWAN?
BAGAIMANA RAHSIA MENYERANG LAWAN DENGAN BETUL SERTA TIDAK MEMUDARATKAN DIRI SENDIRI?

BAGAIMANA CARA MENETAK LAWAN TANPA DITANGKAP ?
BAGAIMANA RAHSIA 5 MINIT TAHU BERMAIN SENJATA ?
BAGAIMANA JIKA BERHADAPAN DENGAN GURU LAWAN?
BAGAIMANA JIKA BERLAWAN DENGAN LAWAN YANG RAMAI?

DIMANA SASARAN JIKA SAMA SAMA MENIKAM ?
SILAT ADALAH SILAP. DI MANA SILAP DIRI SENDIRI DAN DI MANA SILAP LAWAN ?
BAGAIMANA RAHSIA MENYILAPKAN LAWAN ?
BAGAIMANA JIKA BERLAWAN DI DALAM GELAP ?
BAGAIMANA BERLAWAN DI TANAH YANG LEMBEK ?
BAGAIMANA RAHSIA PEMATI SERANGAN JURUSAN ANGIN?

KAU KATA KAU GAGAH, BAGAIMANA JIKA AKU MENGATAKAN AKU GAGAH. BUKANKAH KITA BERSIFAT LEMAH. JIKA MUSUH MAHU DIKALAHKAN, JANGAN KITA BERPECAH BELAH, JALAN IKHTIAR KITA BERMOHON KEPADA ALLAH

GAGAH SAIDINA HAMZAH r.a, ADA JUGA LAWAN YANG DAPAT MENBUNUHNYA ???
KAU LEMAH, AKU LEMAH, YANG GAGAH HANYA ALLAH.

SEBELUM DIUJI ADALAH LEBIH BAIK KITA MENGKAJI

JIKA BERLANGKAH KANAN BUKANNYA PASTI MENANG
JIKA BERLANGKAH KIRI BUKANNYA PASTI KALAH
TAPI BERKAT BERIKHTIAR, INSYAALLAH

JUNJUNGAN KITA RASUL YANG BUDIMAN
SETIAP MUSLIMIN PASTIKAN TAHU
BAGAIMANA DUNIA HENDAK AMAN
ADA LAWAN ADA SETERU

BAGI ALLAH KASIHKAN NABI
BAGI NABI KASIHKAN UMAT
KASIHKAN DIRI BAGAIMANA PULA?

TAKUTILAH OLEHMU BERMUSUH SESAMA MUSLIMIN
BUKAN TAKUT KERANA GAGAHNYA
TAPI TAKUTKAN HUKUM ALLAH

KAU ISLAM , AKU JUGA ISLAM
JIKA BERTEMU, BIASAKAN MEMBERI SALAM


BERMINAT ???

hubungi :

MASTER ANUAR BIN AHMAD
0124142401 
(wakil Perguruan yang dibenarkan mengembangkan silat ini)


BAYARAN KURSUS :
RM 300

SEDIA MENGAJAR DI TEMPAT ANDA DENGAN SYARAT PERBELANJAAN PERJALANAN DAN PENGINAPAN DITANGGUNG OLEH ANDA.(boleh dibincangkan)


 
HUBUNGI 0124142401 JIKA BERMINAT.


klik pautan untuk dapatkan info lanjut mengenai terikh perlaksanaan Bengkel Tempur Sabil ini

https://t.me/BengkelTempurSabil

 UNTUK PERHATIAN:

SETAKAT INI HANYA SAYA DAN ANAK KEPADA GURU NURULZAMAN SAHAJA YANG DIBENARKAN UNTUK MENGEMBANGKAN SILAT INI BAGI PIHAK TOK GURU NURULZAMAN. SEKIRANAYA ADA MANA MANA INDIVIDU YANG MENGAKU MENERIMA AMANAH ATAUPUN TAULIAH MENGAJAR SILAT INI, MAKA IANYA ADALAH PENIPUAN SEMATA MATA.
Search Engine Submission - AddMe